Tuesday, 29 January 2013

GUNUNG LEDANG 2

Hai kawan kawan,sorry Ameer tak sambung cerita Ameer.Ameer balik kampung tengok nenek sakit   
  
Ini gambar Ameer masa sampai di CP1 selepas naik tangga bersama  Abang Zul,dan Abang Afif. Ameer belum rasa letih jadi Ameer berehat 5 minit sahaja.

Ameer terus mendaki sampai CP2lebih kurang 20 minit. Sini susah sikit sebab ada banyak dahan yang patah.Ameer dah rasa letih sikit tapi kita rehat 5 minit juga sebab kita nak pecut ramai orang dan takut lambat sangat sampai di puncak.
Besok Ameer sambung cerita lagi BYE??

Sunday, 13 January 2013

GUNUNG LEDANG

Ameer panjat Gunung Ledang tahun lepas,pada 16 september 2012.
Tidur di Gunung Ledang resort selama 2 malam.
Gunung Ledang tinggi nya lebih kurang 1290 meter dari paras laut.
Ia adalah Gunung yang ke enam susah untuk mendaki di dalam Malaysia!.
Ameer mengambil masa 9 jam untuk mendaki dan turun semula ke bawah.
Ameer pergi dengan keluarga,iaitu Fatin,Afif,Baba,serta Ayah me,Abang zul,Abang sham dan keluarga uncle  Rauf.
Kami mula mendaki jam 9 pagi.
Ameer bawa bekalan air dan makanan ringan.
Mula sekali Ameer mendaki anak tangga setinggi 100 meter.
Banyak la anak tangga, kalau tak salah Ameer lebih dari 500.
Masa tu pun ramai dah give up, antara nya Ayah me,Baba,dan keluarga uncle Rauf.
Ameer terus mendaki dengan penuh semangat...
BERSAMBUNG...

Saturday, 12 January 2013

PENGALAMAN MENDAKI 2

Semasa umur Ameer 7 tahun saya mendaki Bukit Broga.
Bukit Broga tidak tinggi dan saya mengambil masa 45 minit sahaja untuk sampai ke puncak.
Bukit ini tidak jauh dari rumah Ameer,di Semenyih saja.
Saya mendaki dengan keluarga saya sahaja.
Saya mula mendaki jam 7 pagi,agak susah sikit kerana track mendaki agak licin dan sempit.
Lagi pun ramai orang yang mendaki.
Di puncak Ameer lihat pemandangan Kajang yang cantik.
Sebelum balik ke runah Ameer kene roti canai dulu.
BYE...

Friday, 11 January 2013

PENGALAMAN MENDAKI

First time ameer mendaki ialah Gunung Nuang bersama dengan baba,ayah me,afif,fatin,wiyyah,dan,luqman.
Tinggi Gunung Nuang lebih kurang 1200 meter dari paras laut.
Ameer mula mendaki jam 10 pagi ,sampai di tempat perkelahan pada jam 1.30 tengahari.
Ameer berhenti berehat,makan dan mandi di situ.
Kami turun pada jam 3 petang dan sampai di bawah jam 4.30 petang.
Ameer tak berapa ingat sangat pada masa tu sebab Ameer baru umur 6 tahun.
Seingat Ameer,kami semua sangat letih dan tertidur dalam perjalanan balik ke rumah.

Wednesday, 9 January 2013

Latar Belakang Ameer

Hello again
Hari ini saya nak cerita latar belakang diri saya.
Saya dilahirkan di Kajang,Selangor pada May 02,2004.
Saya sekolah di Intergrasi Ibnu Sina,Kajang.
Saya berada dalam kelas 3 Ibtutah.
Kawan baik saya di sekolah ialah Ihsan.
Saya adalah anak ketiga dari empat adik beradik.
Kakak saya nama Fatin Maisarah 14 tahun.
Abang saya nama Muhammad Afif 12 tahun.
Dan adik saya Nur Qisya Damia 3 tahun.
Makanan kegemaran saya ialah chicken nugget.
Saya minum susu Pedia Sure.
Cita-cita saya menjadi Ahli Scuba Diver sebab saya nak tau jenis ikan.
Tapi buat masa ini saya belum reti berenang dan menyelam.
Ok besok saya cerita bagaimana saya mendaki Gunung Ledang.
BYE....

Tuesday, 8 January 2013

Pengenalan Diri

Hai Nama Saya Muhammad Ameer Bin Mohd Fathi.
Umur saya 9 tahun.
Hobbi saya mendaki gunung.
Saya jugak suka bermain badminton.
Saya mula mendaki gunung Nuang ketika saya berumur 6 tahun.
Saya mendaki bukit Broga masa saya berumur 7 tahun.
Gunung yang terakhir saya mendaki ialah pada tahun lepas ketika saya umur 8 tahun iaitu Gunung Ledang pada bulan september 2012.
nanti saya sambung cerita bagaimana saya mendaki Gunung Ledang.
BYE jumpa lagi.....